Bekas juara remaja dunia dua kali Goh Jin Wei menyifatkan aksi kompetetif pertama selepas empat belas bulan di Masters Orelans ibarat kelahiran semula.<br /><br />Walaupun tersingkir di pusingan ketiga, Jin Wei yang turut menjalani pembedahan membuang usus besar pada Oktober 2019 turut menegaskan, beliau tidak ragu-ragu untuk kembali mencari prestasi sebenar sebagai permata perseorangan wanita negara.<br /><br />Malah, motivasi Jin Wei turut disuntik kejayaan sahabat karibnya Lee Zii Jia yang muncul juara perseorangan lelaki Seluruh England bulan lalu.